Stay positive. Good things will come.

Wednesday, 30 April 2014

parents dan remaja

Assalamualaikum!
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaai semua
Dayat kembali okay tau okay eh okay tau?

So petang tadi lepas solat zohor, takde tuition petang kat sekolah. So waktu lunch Dayat duduk lah bersembang dengan kawan kawan lah kan. Hu ha hu ha bergossip sambil makan. Lepas tu tah macam mana tah masuk lah bab parents. Jeng! Kitorang dengan asyik nya berkongsi lah kan story mory pasal parents masing masing and how they roll. Gittew. Turn out tak semua parents ni sama, obviously lah kan. Ada jenis yang memang control habis. Ada jenis yang terus lepas. Ada jenis yang sayang sayang jugak. My parents Alhamdulillah jenis yang faham perasaan jiwa raga as teenagers. Diorang kasi keluar dengan kawan kawan and stuff liddat. Tapi ada lah nasihat hujung hujung tu tanda sayang haha.

Ha ni ada cerita. Sorang manusia ni parents dia. Dia anak bongsu and dia ada abang dah kerja dah kawin dah pun dan ada anak lagi (kot). So parents dia jenis macam rasa dia ni tak boleh itu tak boleh ini maklum lah anak bongsu ni dengan siapa lagi nak manja manja. Sorry to say tapi bila manusia ni macam memprotes so dalam hati manusia ni akan sentiasa rasa macam "apa mak aku ni". Kadang kita kena pandang apa seseorang tu buat dari sudut pandangan lain. Ada kala kita rasa dikongkong tapi sebenarnya dia terlalu sayang. Hal ni kita takleh lah nak salah kan manusia ni saja kan. Memang lah sebagai remaja ni rasa nak berseronok nak enjoy je rasa nak bebaaaas, mungkin dalam diam kita tak tau parents kita takut kita membesar takut rindu ha gitu ayat. Atau maybe parents kita masih nak bermanja dengan anak dia yang dulu kan kalau sekarang ni dah lain. Faham kan. Parents pun kadang kena fikir umur anak tu takkan sama sampai hujung dunia. Parents pun kena adapt lah dengan umur si anak. Mungkin ada yang pernah dengar ada yang tak pernah.

Anak berusia 1 hingga 7 tahun perlu dididik secara bergurau dan jangan dipukul.
Anak berusia 8 hingga 14 tahun, sebaiknya didik mereka dengan disiplin, tunjuk ajar dan kasih sayang.
Peringkat remaja iaitu 15 hingga 21 tahun, anak harus dididik macam kawan, jangan dirotan dan dimarah. Sebaliknya, peluk, pujuk dan nasihati mereka.
Selepas usia 21 tahun, parents perlu memberi kebebasan anak membuat keputusan dan tindakan.

Peringkat usia 10 hingga 19 tahun ni masa yang paling kritikal sebab remaja akan mengalami pelbagai perubahan dan perkembangan termasuk lah jugak perubahan fizikal, mental, psikologi, emosi dan sosial.

‘‘Pada peringkat usia ini mereka akan menghadapi pelbagai persoalan yang menekan jiwa. Ketika ini jugalah proses mencari dan membentuk identiti, perubahan fizikal pada tubuh badan, perasaan yang bercelaru dan keinginan untuk dihargai boleh menyebabkan berlaku tekanan jiwa,’’

‘‘Remaja di peringkat ini bukan sahaja boleh berdikari tanpa ibu bapa, tetapi juga daya fikiran dan imaginasi digunakan untuk kepentingan pelajaran dan kerjaya,’’

Kat peringkat remaja ni jugak lah, sememangnya memerlukan perhatian dan tumpuan. Parents perlu sentiasa atau mempunyai ruang untuk mendekati dan mendampingi anak remaja mereka.

PETIKAN LAMAN WEB:

Terdapat empat gaya keibubapaan yang menjadi amalan ibu bapa hari ini tanpa disedari amat mempengaruhi seorang anak itu.

Empat jenis yang dimaksudkan, jenis A Autoritarian (tinggi kawalan, rendah kasih sayang), jenis B-Permisif (rendah kawalan, tinggi kasih sayang), jenis C-Pengabaian (rendah kawalan, rendah kasih sayang ) dan jenis D-Autoritatif (tinggi kawalan, tinggi kasih sayang)

Korang sendiri boleh nilai mana satu parents korang kan. Parents yang jenis D untuk didik anak merupakan parents yang seimbang memberi sepenuh perhatian terhadap keperluan anak dan meletakkan batasan yang jelas terhadap tingkah laku anak-anak. Ibu bapa ini membuat keputusan berdasarkan keperluan, bukan keinginan atau nafsu anak-anak. Keluar dengan kawan itu keperluan lah serious. Macam parents Dayat! Thankyou Baba Mama xoxo

So kesimpulannya, macam mana pun parents korang, ketahui lah diorang buat sebab sayang, kalau tak sayang korang dari dulu dia buang je korang haaa sentap. Hargai selagi mereka masih ada. 



Chedah over and out.

Sumber: http://z15.invisionfree.com/choppersgarage/ar/t896.htm


No comments:

Post a Comment